BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kelayakan Piala Asia B-23: Harimau Muda Benam Mongolia 7-0

06/09/2025 08:28 PM

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara menghidupkan peluang ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2026 selepas membelasah Mongolia 7-0 pada aksi kedua Kelayakan Kumpulan F di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Thailand, hari ini.

Malaysia tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Aliff Izwan pada minit ke-13 sebelum Ahmad Aysar Hadi menggandakan jaringan selang dua minit kemudian.

Fergus Tierney kemudian menjadi wira skuad Harimau Muda apabila meledak hatrik pada minit ke-36, 46 dan 48 untuk menjadikan kedudukan 5-0.

Muhammad Aliff sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-56 sebelum Ziad El Basheer melengkapkan pesta gol negara dengan jaringan pada minit ke-68.

Kemenangan sulung itu menyaksikan Malaysia meraih tiga mata pertama untuk menghuni tangga ketiga Kumpulan F di belakang Lubnan dan tuan rumah, Thailand, yang turut mengumpul tiga mata.

Rabu lepas, Malaysia membuka kempen dengan langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada Lubnan.

Skuad Harimau Muda selepas ini akan berdepan Thailand pada aksi terakhir kumpulan, Selasa depan.

Kemenangan sulung itu meletakkan Malaysia di tangga ketiga Kumpulan F, di belakang pendahulu, Lubnan B-23 di tempat pertama, dan Thailand B-23 kedua biarpun masing-masing berkongsi tiga mata setakat ini.

Skuad negara akan memberi fokus untuk bertemu pasukan remaja Gajah Perang dalam aksi terakhir kumpulan, Selasa depan.

Hanya 11 juara kumpulan dan empat naib juara terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir di Arab Saudi pada Januari depan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan