KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Econpile Holdings Bhd (Econpile), Econpile (M) Sdn Bhd memperoleh projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang bernilai RM53.99 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Econpile berkata surat lantikan telah diterima daripada Gamuda Geo Sdn Bhd bagi pembinaan cerucuk gerek dan kerja-kerja berkaitan dari Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ke Jelutong Timur sebagai sebahagian daripada LRT Pulau Pinang - Laluan Mutiara - Pakej CMC1.
Econpile berkata projek berkenaan akan dimulakan pada 1 Okt 2025 dan dijadualkan siap bina pada 30 April 2027.
"Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan syarikat daripada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 dan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial