BELANJAWAN 2025 > BERITA

Terbuka Hong Kong: Aaron-Wooi Yik Tamat Cabaran Di Pusingan Pertama

09/09/2025 05:57 PM

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Cabaran beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, di Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2025 berakhir seawal pusingan pertama selepas dikejutkan gandingan England, Ben Lane-Sean Vendy, hari ini.

Pilihan utama kejohanan itu gagal menampilkan prestasi terbaik apabila tunduk 13-21, 13-21 dalam tempoh hanya 28 minit kepada pasangan ranking ke-15 dunia di Hong Kong Coliseum.

Ia sekali gus menyaksikan pasangan ranking lima dunia itu mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Lane-Vendy, selepas turut tewas pada Terbuka Artik 2024.

Bulan lepas, Aaron-Wooi Yik turut dikecewakan selepas terkandas di suku akhir Kejohanan Dunia di Paris.

Dalam pada itu, satu lagi beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut mengikut jejak rakan sepasukan apabila tersingkir selepas tewas kepada pasangan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 24-22, 20-22, 17-21.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan