BELANJAWAN 2025 > BERITA

PM Anwar Mahu Perwakilan Baharu Perkukuh Hubungan Strategik, Tarik Pelaburan Berkualiti

09/09/2025 11:40 PM

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan wakil-wakil diplomatik Malaysia di luar negara supaya terus memperkukuh hubungan strategik dengan negara-negara tuan rumah.

Beliau menekankan bahawa tumpuan utama harus diberikan kepada usaha memacu aktiviti perdagangan dua hala serta menarik pelaburan asing berkualiti tinggi demi menjamin kemakmuran ekonomi negara.

Anwar menitipkan amanat tersebut ketika menerima kunjungan hormat tujuh Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang baharu di Putrajaya, susulan penerimaan watikah pelantikan mereka daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 4 Sept lepas.

.“Moga mereka menggalas tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan cemerlang,” katanya melalui hantaran di Facebook hari ini.

Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar ke Arab Saudi Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, Pesuruhjaya Tinggi ke Afrika Selatan Datuk Yubazlan Yusof, Duta Besar ke Brazil Datuk Mohammad Ali Selamat.

 Duta Besar ke Jerman Mohamad Razdan Jamil, Duta Besar ke Sepanyol Haznah Md. Hashim dan Duta Besar ke Poland Datuk Azri Mat Yacob.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan