BATU PAHAT, 11 Sept (Bernama) -- Dua warga emas maut setelah kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Batu 5 1/2 Jalan Yong Peng di sini pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam PBK II Khirdir Kamaludin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.43 pagi sebelum enam anggota dan satu jentera jenis Fire Rescue Tender (FRT) digerakkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat kemalangan antara kereta jenis Proton Saga dengan lori jenis Nissan 17 tan, mangsa yang maut dikenali sebagai Rosli Mohamed, 60, dan Mohd Salleh Lamisza, 63.
“Mangsa yang terdiri daripada pemandu dan penumpang kereta itu berjaya dikeluarkan, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada 9.22 pagi
Seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga pemandu lori berkenaan dilaporkan selamat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial