KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bekas pemain kebangsaan era 1980-an P Darmalinggam meninggal dunia pada usia 64 tahun hari ini.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S. Sivasundaram yang mengesahkan perkhabaran sedih itu berkata mendiang menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk mendapatkan rawatan selepas terjatuh di dalam bilik air rumahnya awal pagi tadi.
“Mendiang seorang yang komited dan berdisplin, baik atas padang mahupun di luar padang,” katanya ketika dihubungi hari ini
Dilahirkan pada 1961, Darmalinggam antara tonggak utama skuad kebangsaan pada era 1980-an sewaktu Malaysia masih gah di pentas Asia Tenggara dengan reputasi skuad Harimau Malaya yang digeruni.
Sepanjang pembabitan bersama skuad negara, mendiang sering diberikan kepercayaan oleh barisan kejurulatihan untuk menggalas tanggungjawab penting di atas padang.
Sivasundaram yang juga Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL) berkata pemergian mendiang satu kehilangan besar buat dunia bola sepak tanah air.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial