BELANJAWAN 2025 > BERITA

Banjir: Jumlah Mangsa Dipindahkan Di Sabah Meningkat

13/09/2025 04:57 PM

KOTA KINABALU, 13 Sept (Bernama) -- Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 391 orang daripada 126 keluarga petang ini, berbanding 378 orang daripada 117 keluarga pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir meningkat di Penampang dengan 244 mangsa daripada 76 keluarga, manakala mangsa banjir berkurangan di Beaufort dengan 147 mangsa daripada 50 keluarga.

Di Penampang, pusat pemindahan sementara (PPS) Kompleks Sukan Penampang menempatkan 39 mangsa daripada sembilan keluarga, Dewan Huguan Siau (146 mangsa, 48 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis (59 mangsa, 19 keluarga).

Sementara itu, semua mangsa banjir di Beaufort dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) di Selagon.

“Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir, dengan 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan