KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor terus meningkat malam ini berbanding petang tadi manakala di Perak kekal.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,869 orang setakat 8 malam ini berbanding 3,779 orang yang direkodkan petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan kesemua mangsa daripada 1,093 keluarga itu ditempatkan di 37 PPS di lima daerah yang terjejas.
"Daerah Kota Tinggi mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,262 mangsa, diikuti Johor Bahru (774), Kulai (735), Pontian (568) dan Kluang (530).
“Selain itu, hanya stesen Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang dilaporkan melebihi paras bahaya dengan bacaan 15.62 meter (m) (trend menurun)," katanya dalam kenyataan malam ini.
Azmi berkata Jalan Mawai Lama (Rumah Burung) di Kota Tinggi masih ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan susulan dinaiki air, sementara Jalan Tanjung Sedili di daerah sama hanya dibuka satu lorong.
Beliau berkata Johor Bahru, Mersing, Pontian dan Kota Tinggi diramalkan hujan pada malam ini manakala enam daerah lain di negeri itu diramal mendung.
Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir di daerah Manjung kekal 31 orang daripada sembilan keluarga dan kesemua mangsa itu ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Beruas sejak Khamis lepas.
Enam termasuk seorang bayi lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Kalumpang, Semporna-Tawau - Bomba Sabah | |
Peruntukan pembangunan skuad Harimau Malaya digandakan kepada RM30 juta dengan RM15 juta dibiayai pihak swasta - PM Anwar | |
Liga Super: Selangor FC 1-0 Kuala Lumpur City FC | |
PM Anwar akan manfaatkan lawatan ke UAE untuk kukuhkan kerjasama serantau atas kapasiti Pengerusi ASEAN 2025 - Duta Besar Malaysia ke UAE |
BUTTERWORTH, 12 Jan (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) melihat potensi luas untuk meningkatkan...
BEIJING, 12 Jan (Bernama-Xinhua) -- Tiada penyakit berjangkit baharu dikesan di China dan penyakit berjangkit pernafasan yang ...