Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 BERITA UTAMA

RUU Perkhidmatan Parlimen Langkah Permulaan Kebebasan, Kecekapan Institusi Parlimen

Oleh Amanina Mohamad Yusof

PUTRAJAYA, 30 Mac (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen yang telah diluluskan baru-baru ini menandakan satu langkah permulaan penting dalam memperkukuh kebebasan dan kecekapan institusi Parlimen Malaysia.

Pakar perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata satu daripada aspek utama yang ditekankan dalam RUU itu ialah pengembalian kebebasan pentadbiran dan kewangan Parlimen, yang sebelum ini diletakkan di bawah kawalan eksekutif sejak pemansuhan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 pada 1992.

Beliau berkata RUU itu membolehkan Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) mengurus hal ehwal kewangan, pelantikan, kenaikan pangkat, serta pentadbiran tanpa bergantung kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

22minit lalu
  LAMAN MIKRO    ASEAN 2025  |  FOKUS BERNAMA  |  TINTA MINDA  |  MAPO  |  MYCHECK  |  MCMC  |  fotoBERNAMA  | 
[Klik setiap laman mikro untuk lebih info]
 TERKINI
Gempa bumi: Pasukan SMART akan berada di Yangon, Myanmar selama tujuh hingga 14 hari, bergantung keperluan - Ahmad Zahid
Gempa bumi: 50 pegawai dan anggota SMART berlepas ke Yangon, Myanmar pagi ini menerusi dua penerbangan TUDM bagi membantu operasi SAR - Ahmad Zahid
Liga Super: Kedah Darul Aman FC 1-6 Johor Darul Ta'zim
 fotoBERNAMA
[klik foto untuk lebih info]
Untuk pembelian, layari laman web BERNAMA IMAGES
Ad Banner

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan