Khaled Terima Kunjungan Hormat CEO Thales International

16/10/2024 10:33 AM

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Thales International Pascale Sourisse bersama delegasi di Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Khaled menerusi perkongsiannya di Facebook berkata antara yang dibincangkan adalah mengenai mengembangkan keupayaan industri pertahanan tempatan selari usaha negara ke arah pertahanan berdikari (self-reliance).

"Thales ialah sebuah syarikat multinasional Perancis terkemuka dalam sektor aeroangkasa, pertahanan dan keselamatan.

"Saya percaya matlamat yang ingin dijayakan ini dapat dibantu pemain industri global seperti melalui pemindahan teknologi dan Program Kolaborasi Industri (ICP)," katanya.

Beliau turut berharap hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua pihak dapat ditingkatkan dan memberikan manfaat kepada industri pertahanan tempatan dan negara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan