Lelaki Ditahan Bersama Pil Yaba Bernilai RM33,000

21/10/2024 06:53 PM

KOTA BHARU, 21 Okt (Bernama) -- Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki kerana memiliki 2,200 biji pil yaba bernilai RM33,000 dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Bukit Marak, di sini Sabtu lepas.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata suspek berusia 41 tahun itu ditahan selepas dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di Kampung Mentera Banggu pada 4.30 petang.

"Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 2,200 biji pil yaba di dalam beg silang kepunyaan suspek bersama wang tunai RM1,174. Keseluruhan rampasan termasuk dadah, wang tunai, motosikal dan telefon bimbit dianggarkan berjumlah RM39,874.

"Suspek yang juga positif dadah jenis methamphetamine ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan