Imigresen Tahan 65 Pendatang Tanpa Izin Di Kelantan

24/10/2024 09:36 PM

KOTA BHARU, 24 Okt (Bernama) -- Jabatan Imigresen Kelantan menahan 65 pendatang tanpa izin dalam satu operasi di sekitar bandar Kota Bharu dan Tanah Merah pada semalam dan hari ini.

Timbalan Pengarah Imigresen (Pengurusan) Kelantan Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata mereka yang ditahan melibatkan 41 lelaki warga Bangladesh, 10 lelaki warga Pakistan, lapan lelaki rakyat Thailand serta dua lelaki dan empat wanita rakyat Indonesia. 

Beliau berkata Ops Sapu/Kutip bermula 2 petang tadi dijayakan dengan kekuatan seramai 18 pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan imigresen.

“Hasil risikan yang dilakukan, kita membuat pemeriksaan terhadap warga asing di sekitar bandar Kota Bharu dan Tanah Merah melibatkan 13 buah premis dan seramai 69 orang telah diperiksa.

“Kesemua pendatang yang berusia antara 16 hingga 42 itu dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan