Polis Kesan Syed Mohammad Faris Bantu Perbicaraan Kes Dadah

24/10/2024 11:57 PM

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang lelaki untuk hadir di Mahkamah Majistret 9, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes yang disiasat mengikut Sekyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood menerusi kenyataan hari ini berkata lelaki berkenaan Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Nik Nuhairi Syazwan Nik Ab Rahman menerusi talian 011-1782 4934 atau Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields 03-2297 9222 sambungan 9223, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan