Polis Tahan Warga Thailand Seludup Ganja Bernilai Lebih RM16,000

28/10/2024 11:26 AM

KOTA BHARU, 28 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki warga Thailand ditahan kerana disyaki menyeludup ketulan mampat daun ganja seberat 5 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM16,014 di sebuah stesen minyak di Salor di sini, semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan hari ini berkata dadah berkenaan ditemukan dalam sebuah van dipandu oleh suspek yang berusia 67 tahun itu.

“Polis turut merampas pasport Thailand milik suspek, sebuah van dan dua unit telefon bimbit.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam kejadian berasingan, polis menahan seorang lelaki tempatan berperanan sebagai tekong dan tujuh wanita warga Myanmar yang disyaki diseludup masuk ke negara ini menggunakan kereta di Jalan Pak Keral, Tumpat.

Nik Ros Azhan berkata hasil pemeriksaan kesemua tujuh warga asing itu gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong disiasat mengikut Seksyen 26J Akta ATIPSOM 2007.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan