11 Rakyat Malaysia Mangsa Penipuan Pekerjaan Di Kemboja, Diselamatkan Dan Dibawa Pulang

01/11/2024 07:44 PM

PUTRAJAYA, 1 Nov (Bernama) -- Kementerian Luar, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, berjaya memudah cara kepulangan 11 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Sihanoukville, Kemboja.

Kementerian itu yang juga dikenali sebagai  Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa seorang daripada mereka telah pulang ke Malaysia pada 25 Okt, manakala 10 lagi dijadualkan tiba di Malaysia pada Jumaat, 1 Nov.

Kementerian itu menyatakan penghargaan kepada pihak berkuasa Kemboja yang berkaitan atas kerjasama dan bantuan mereka dalam menyelamatkan serta memudahkan kepulangan mangsa ke Malaysia.

“Kementerian terus meningkatkan usaha untuk menangani isu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian turut mengingatkan rakyat Malaysia yang berhasrat mencari pekerjaan di luar negara agar berwaspada dan menyemak terlebih dahulu kesahihan pekerjaan yang ditawarkan.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan mematuhi undang-undang dan peraturan imigresen semasa melakukan perjalanan ke luar negara, katanya lagi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan