Dua Daripada Enam Individu Yang Ditahan Di Golok Ada Rekod Jenayah - KP Kelantan

04/11/2024 08:55 PM

KOTA BHARU, 4 Nov (Bernama) -- Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat hari ini mengesahkan bahawa dua lelaki daripada enam individu yang ditahan di Golok, Thailand pada Jumaat lepas memiliki rekod jenayah berkaitan dadah.

"Kes ini masih dalam siasatan dan kita serahkan kepada polis Thailand," katanya kepada pemberita selepas Majlis Suai Kenal Bersama Media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini.

Beliau juga enggan mengulas lanjut penahanan keenam-enam individu yang disyaki terlibat dengan pengedaran dadah kerana ia membabitkan jenayah dan undang-undang di negara jiran.

"Saya tidak dapat sahkan sama ada untuk kegunaan sendiri atau aktiviti pengedaran dadah tetapi kita boleh menimbang secara logik akal… bagaimanapun, hasil ujian air kencing terhadap mereka adalah positif metamfetamina," katanya.

Mohd Yusoff turut menasihati ibu bapa terutama yang mempunyai anak masih bersekolah supaya mengawasi pergerakan mereka.

Pada Jumaat lepas, enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi wanita ditangkap di sebuah hotel di Sungai Golok setelah didapati memiliki 6,000 pil kuda.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan