Norhizam Dilantik Ketua Polis Daerah Sepang

08/11/2024 12:47 PM

SEPANG, 8 Nov (Bernama) -- Pegawai Turus Pendataan/Analisa, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor ACP Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu berkuat kuasa hari ini. 

Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas antara Norhizam dengan Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini, disaksikan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi.

Dalam ucapannya, Norhizam menggesa semua anggota dan pegawai di IPD Sepang melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik untuk masyarakat.

“Tugas dan tanggungjawab ini adalah besar dan saya berterima kasih kepada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia yang memberi kepercayaan untuk memimpin daerah ini.

“Saya mahu semua lapisan anggota dan pegawai bersama-sama menggembleng usaha dan memberi kerjasama padu untuk masyarakat,” katanya. 

Norhizam, 52, dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah berkhidmat selama 29 tahun dalam PDRM dan pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Bahagian Pengurusan IPD Putrajaya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan