Polis Siasat Laporan Khianat Libat 11 Kereta Di Lahad Datu

08/11/2024 08:18 PM

LAHAD DATU, 8 Nov (Bernama) -- Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian cermin kereta dipecahkan dan kehilangan bateri melibatkan 11 kereta di Kampung Desa Bajau, Jalan Tengah Nipah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata pagi tadi pihaknya menerima sembilan laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut mendapati kereta terlibat diletakkan di kawasan parkir di kampung itu pada 5 petang semalam.

Beliau berkata kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.  

"Polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes itu mengikut Seksyen 379 A (2) Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek yang melakukan khianat itu masih bebas dan sedang diburu. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu Sarjan Martin Motuin di talian 016-8392694.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan