Upah RM5,000 Hantar Dadah Hampir RM2 Juta Dari Semenanjung Ke Miri

08/11/2024 09:24 PM

KUCHING, 8 Nov (Bernama) -- Dua lelaki menerima upah RM5,000 untuk menyeludup masuk dadah hampir 22 kilogram (kg) dari Semenanjung Malaysia ke negeri ini ditahan di balai ketibaan bahagian luar Lapangan Terbang Miri, kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata suspek warga tempatan berusia 36 dan 42 tahun itu ditangkap dalam operasi oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Beliau berkata kedua-dua suspek didapati membawa 10.83kg pil Eramin 5, pil ekstasi (4.1kg) dan syabu (7kg) yang dianggarkan bernilai RM1,991,700.

Mancha berkata siasatan mendapati bekalan dadah tersebut diperolehi dari Semenanjung Malaysia sebelum dibawa masuk ke Miri melalui lapangan terbang dengan suspek menerima upah RM5,000.

“Ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek juga didapati positif dadah methamphetamine, amphetamine dan benzo,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua-dua suspek kini direman sehingga 13 Nov dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan