KUANTAN, 10 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu melintas jalan di Kilometer 10 Jalan Kuantan-Chini, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian berlaku pada kira-kira 10.30 malam semasa Muhammad Zulhijan Kafli, 29, sedang dalam perjalanan dari Felda Chini ke Felda Chini Timur 2, dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Siasatan awal mendapati motosikal itu melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan, mengakibatkan penunggangnya mengalami kecederaan parah, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zaidi berkata mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Pekan untuk proses dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial