IPOH, 10 Nov (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun susulan penemuan mayat ibu saudaranya di sebuah rumah di Taman Puteri Lindungan Bintang, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata penahanan lelaki warga tempatan itu, dilakukan hari ini bagi membantu siasatan susulan tindakan pantas pihaknya dengan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret di sini, esok.
“Ujian air kencing ke atas lelaki itu didapati negatif dadah, selain turut tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan bunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian membabitkan mangsa berusia 54 tahun itu daripada orang awam pada 8.31 pagi, dengan pemeriksaan mendapati mayat wanita itu dalam keadaan membusuk dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.
Abang Zainal berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes ASP S. Dasarathan di talian 012-5644484 atau datang ke mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial