Video Tular Papar Pelupusan Bangkai Anjing Di Manjung Tidak Benar

10/11/2024 10:01 PM

IPOH, 10 Nov (Bernama) -- Klip video memaparkan tapak pelupusan bangkai haiwan di Manjung, Lumut yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah Manjung pada 10.53 malam semalam mengenai penularan video itu di aplikasi TikTok dan Facebook.

"Siasatan mendapati video berdurasi 16 saat memaparkan rakaman bangkai anjing di dalam sebuah lubang tanah tidak memaparkan secara keseluruhan tapak lokasi.

"Hantaran di komen pemilik akaun Facebook memaklumkan kejadian berlaku dalam daerah Manjung disyaki maklumat tidak sahih dan pihak polis sedang menyiasat motif kejadian," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Hasbullah berkata kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan