APMM Labuan Tahan Kapal Bawa 70,000 Liter Diesel

11/11/2024 04:03 PM

LABUAN, 11 Nov (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan menahan sebuah kapal tangki dengan muatan diesel dianggarkan bernilai RM1 juta di kedudukan kira-kira 2.7 batu nautika dari utara Pulau Kuraman dekat sini pada Jumaat lepas.

Pengarah APMM Labuan Kepten Maritim Izwanhadi Idros berkata kapal tangki itu dipintas oleh bot peronda APMM semasa operasi rondaan rutin kira-kira 2.35 pagi.

"Kapal itu ditemukan berlabuh dengan lampu dimatikan dan dalam keadaan mencurigakan. Semasa pemeriksaan, kapal itu didapati berlepas dari Miri, Sarawak dan membawa kira-kira 70,000 liter diesel dipercayai dipindahkan melalui operasi dari kapal ke kapal," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan juga mendapati kapal terbabit melanggar beberapa peraturan termasuk kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

 Izwanhadi berkata tujuh kru warga Indonesia berumur 21 hingga 51 tahun ditahan untuk siasatan manakala kapal itu dan muatan yang dirampas dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan