GEORGE TOWN, 11 Nov (Bernama) -- Seorang penjaja berusia 48 tahun ditahan kerana memiliki dua pucuk pistol ketika serbuan di Jalan Sultan Azlan Shah di sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata pistol itu ditemui di dalam kenderaan milik penjaja berkenaan bersama beberapa butir peluru.
“Berdasarkan maklumat, polis telah melakukan serbuan dan menemui dua pucuk pistol dan beberapa butir peluru dalam kereta milik suspek.
“Melalui siasatan awal, suspek mendakwa pistol berkenaan adalah untuk perlindungan diri sahaja, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Lee berkata suspek turut didapati memiliki rekod lampau dan kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 17 Nov untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial