LAHAD DATU, 12 Nov (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun dipercayai menjadi runner kepada sindiket pengedaran dadah jenis syabu di daerah ini, dalam serbuan di tepi jalan Lorong I-Peak, Jalan Lahad Datu-Tungku di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata suspek yang tidak bekerja itu ditahan pada 12.45 tengah hari bersama dadah seberat 3.055 kilogram, dianggarkan bernilai RM131,050.
“Bertindak atas maklumat risikan pengedaran dadah, polis melakukan serbuan dan menahan suspek.
“Pemeriksaan ke atas suspek menemukan sebuah beg bimbit kuning, dan di dalam beg itu mengandungi tiga paket besar serta lima paket kecil plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan suspek berkenaan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 16 Nov ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial