KOTA BHARU, 13 Nov (Bernama) -- Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang sejak 7 Nov lepas selepas keluar dari rumahnya di Kampung Semut Api, di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata Che Nor Qurratu Aini Mohd Zaidi dilihat meninggalkan rumahnya pada kira-kira 5 petang untuk ke kedai runcit, dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu menerima laporan mengenai kehilangannya pada 1.15 tengah hari, Isnin lepas.
“Remaja perempuan berkenaan (ketika itu) dilihat memakai baju blaus berwarna hitam. Tingginya 150 sentimeter, berkulit sawo matang dan berat badan dianggarkan 60 kilogram,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Che Nor Qurratu Aini diminta untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau terus menghubungi pegawai penyiasat Sjn Mohd Azmey Mohd Yunus dengan menelefon 017-3430221 atau 09-7752200.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial