Himpunan Di Menara Condong Sabtu Ini Tidak Dapat Kebenaran - Polis

13/11/2024 09:46 PM

IPOH, 13 Nov (Bernama) -- Polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai Himpunan Patriotik Rakyat yang akan diadakan Dataran Menara Condong, Teluk Intan, Sabtu ini susulan tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pemilik tanah iaitu Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) seperti ditetapkan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyertai perhimpunan berkenaan. 

Beliau berkata polis menerima satu surat pemberitahuan daripada pihak penganjur pada Isnin (11 Nov) untuk menganjurkan perhimpunan berkenaan namun pemilik lokasi tidak memberikan kebenaran untuk aktiviti itu.

"Polis juga telah menampal satu notis pemberitahuan berhubung program berkenaan di kawasan Menara Condong bagi mendapatkan maklum balas orang ramai. 

"Kita juga turut terima maklum balas daripada MPTI yang tidak berikan kebenaran atas faktor ketidaksesuaian tempat perhimpunan dan penganjur gagal mengemukakan persetujuan pemilik, maka permohonan penganjur tidak dapat diproses," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyertai perhimpunan yang dirancang pada 16 Nov ini bagi mengelakkan tindakan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan