Jalan Licin Punca Pengangkut Kereta Perisai ATM Terbalik - Polis

14/11/2024 05:03 PM

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Nahas melibatkan kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pada Khamis lepas disebabkan jalan licin dan basah. 

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata siasatan awal mendapati keadaan jalan mengakibatkan kenderaan itu yang dalam perjalanan dari Kem Batu 5, Mentakab, Pahang ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan terbabas dan melanggar besi penghadang jalan. 

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Pada 7 Nov, tular di media sosial rakaman memaparkan sebuah kenderaan pengangkut ATM membawa dua kenderaan kereta perisai terbabas di laluan bertentangan di KM35.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Bentong. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan