Polis Rampas 547 Kain Pasang Seludup Bernilai RM164,100

17/11/2024 07:23 PM

KOTA BHARU, 17 Nov (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan penyeludupan 547 kain pasang yang mempunyai manik diseludup dari Thailand dianggarkan bernilai RM164,100 di Kampung Simpangan, Tumpat semalam.

Komandernya Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan pada kira-kira 4 petang selepas menahan sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan di sini.                            

Beliau berkata suspek bertindak melarikan diri setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa dan meninggalkan keretanya di tepi jalan.

“Hasil pemeriksaan mendapati ratusan helaian kain berkenaan ditemui di dalam kenderaan itu tanpa dokumen yang sah dan ia diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Nik Ros Azhan PGA merampas produk kosmetik disyaki dari Thailand yang dianggarkan bernilai RM28,800 selepas melakukan pemeriksaan di pangkalan haram Jeram Perdah, Pasir Mas.

Beliau berkata dalam kejadian 7.30 malam itu anggota yang melakukan pemeriksaan menemukan beberapa kotak di tebing Sungai Golok dan hasil pemeriksaan mendapati ia berisi pelbagai jenis kosmetik.

  “Kesemua barangan itu dibawa ke Komtak Jeran Perdah untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan