IPOH, 18 Nov (Bernama) -- Kawasan pencarian seorang wanita yang hilang dibawa arus deras semasa mandi-manda bersama ahli keluarganya di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai di Gerik petang semalam, diperluas sehingga 16 kilometer (km) dari tempat kejadian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang dianggotai lima anggota dari balai bomba Kuala Kangsar mengetuai operasi, yang turut dibantu polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk setempat.
Beliau berkata operasi disambung pada pukul 8 pagi ini dengan pencarian melibatkan jarak 2km dari tempat kejadian ke sepanjang jajaran Sungai Beruk, dan kawasan berjarak 14 km bermula dari Dataran Loma, Sungai Rui sehingga ke persimpangan Sungai Beruk.
“Kita tak boleh beri jaminan untuk menemui mangsa secepat mungkin, cuma apa yang boleh dijelaskan ialah jika cuaca baik, kebarangkalian untuk jumpa adalah tinggi, dan kita harapkan semua pihak beri dapat kerjasama,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam kejadian semalam Nur Arina Azizan, 20, dipercayai hanyut dibawa arus deras, manakala ibunya yang berusia 48 tahun diselamatkan orang awam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial