LABUAN, 19 Nov (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Labuan merampas 15 kereta pelbagai jenama keseluruhannya dianggar bernilai RM2.8 juta termasuk cukai dalam operasi antara 23 Okt hingga 15 Nov lepas di pelbagai lokasi di Sabah.
Antara kereta dirampas ialah Ferrari GTB 599 Fiorano, Mercedes-Benz GLA250, beberapa model Toyota selain Subaru Impreza dan Nissan Grand Livina.
Pengarah Kastam Labuan Aspalila Awang Tuah berkata kenderaan dirampas itu didapati melanggar syarat di bawah Butiran 14 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017, yang mengehadkan kenderaan berdaftar bebas cukai berada di luar Labuan tidak melebihi 90 hari dalam setahun.
“Kejayaan operasi ini mencerminkan kerja berpasukan antara JKDM Labuan dan Sabah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata hasil operasi terbaharu itu menjadikan 67 kenderaan disita JKDM Labuan tahun ini, yang dianggar bernilai RM7.6 juta termasuk cukai.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial