PGA Rampas Ubat-ubatan Haiwan Diseludup Dari Thailand Bernilai Lebih RM400,000

22/11/2024 04:20 PM

KOTA BHARU, 22 Nov (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas pelbagai jenis ubat-ubatan haiwan dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah bernilai RM434,200 di Pengkalan Haram Simpangan Tumpat semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan berkenaan dilakukan pada 3.30 petang, selepas anggota pasukan PGA yang menjalankan rondaan dalam Op Taring Wawasan Kelantan ternampak beberapa bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pengkalan haram semasa.

“Ubat-ubatan ini dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan, dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ros Azhan berkata kesemua hasil rampasan dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan