Lelaki Ditahan Disyaki Bakar Pelantar Ikan

01/12/2024 08:15 PM

IPOH, 1 Dis (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental bagi membantu siasatan kes kebakaran tiga pelantar ikan di Pantai Remis, Manjung awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata suspek berusia 64 tahun ditahan di tepi jalan di Pantai Remis selepas polis menerima laporan daripada pemilik premis kira-kira 1.30 pagi.

Beliau berkata siasatan pihaknya menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati punca kebakaran disebabkan perbuatan khianat oleh individu yang dikenali pemilik premis.

"Kebakaran berjaya dikawal pihak bomba dan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM470,000.

"Suspek bertindak membakar pelantar ikan dengan menggunakan bahan bakar dipercayai petrol dan melarikan diri selepas kebakaran berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasbullah berkata kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan