Mahasiswa Maut Dalam Perjalanan Ke Kampus 

02/12/2024 04:13 PM

JASIN, 2 Dis (Bernama) -- Seorang mahasiswa maut ketika dalam perjalanan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jasin selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Kilang Berapi, Merlimau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Muhammad Irfan Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Siasatan awal mendapati motosikal dipandu mangsa dipercayai terbabas dan masuk ke arah jalan bertentangan sebelum terlanggar SUV berkenaan yang datang dari arah Jasin menghala ke Merlimau.

"Pemandu SUV berkenaan yang juga seorang kontraktor berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau berkata anak keempat daripada lima beradik itu merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Maklumat Komputer di universiti berkenaan.

Mayat di bawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat manakala kes  disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan