Tiga Penjenayah Mati Ditembak Di Penampang

04/12/2024 09:15 AM

PENAMPANG, 4 Dis (Bernama) -- Tiga penjenayah bersenjata api mati ditembak dalam satu insiden berbalas tembak dengan polis di Beverly Hill dalam kejadian 9.13 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Azmi Abdul Rahim berkata ketiga-tiga suspek lelaki itu dipercayai terbabit dalam beberapa aktiviti jenayah termasuk kes bunuh.

“Bertindak atas maklumat sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menyerbu sebuah rumah di sebuah apartment di tingkat satu. 

“Ketika serbuan dibuat, berlaku berbalas tembakan antara ketiga-tiga suspek dengan pasukan serbuan. Pasukan serbuan berjaya menembak mati ketiga-tiga penjenayah terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azmi berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan siasatan awal mendapati ketiga-tiga penjenayah ini dipercayai terbabit dengan beberapa kes jenayah termasuk kes bunuh di Sarawak.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan