PAPAGOMO DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS SELEPAS BERI KETERANGAN

14/12/2024 12:51 PM

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Polis mengesahkan blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan kutipan dana menggunakan nama sebuah syarikat, dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata Wan Muhammad Azri dibebaskan selepas polis selesai merekod keterangannya mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Setakat ini 16 orang sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Wan Muhammad Azri, 41,  ditahan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman di kediamannya di Putrajaya, pada pukul 1.30 pagi semalam, bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan