JOHOR BAHRU, 17 Dis (Bernama) -- Situasi banjir di Johor kekal tidak berubah dengan jumlah mangsa seramai 36 orang daripada 11 keluarga setakat 8 pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata kesemua mangsa masih ditempatkan di satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang aktif di Segamat, iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak.
"Selain itu, hanya stesen Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, dilaporkan berada pada paras amaran dengan bacaan 8.53 meter," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, keadaan cuaca di sembilan daerah di Johor diramalkan cerah kecuali Mersing yang dijangka hujan pagi ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial