JERTIH, 17 Dis (Bernama) -- Seorang akauntan wanita mengalami kerugian RM90,000 akibat terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud yang diiklankan di aplikasi WhatsApp pada 17 Sept lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata mangsa, yang berusia 33 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta, telah dihubungi individu tidak dikenali serta diperdaya untuk menyertai kumpulan di aplikasi itu yang kononnya milik sebuah syarikat pelaburan.
“Suspek telah memujuk mangsa dengan menjanjikan pulangan pelaburan tinggi yang bakal diterima dalam tempoh 24 jam mengikut kadar bayaran yang dibuat.
“Mangsa yang terpedaya dengan tawaran itu telah melabur RM90,000 bermula 26 Sept hingga 12 Dis lepas dengan melakukan transaksi ke empat akaun bank yang berdaftar atas nama syarikat,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa, yang merasakan dirinya telah ditipu apabila tidak menerima bayaran keuntungan seperti dijanjikan, tampil membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial