BERITA TERGEMPAR   PM Anwar expresses condolences to the family of Egyptian Islamic movement activist Youssef Nada who passed away today | 

Polis Berkas Empat Lelaki Disyaki Terlibat Kegiatan Samun Di Seri Iskandar

22/12/2024 04:50 PM

IPOH, 22 Dis (Bernama) -- Empat lelaki diberkas polis tidak sampai 24 jam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan samun di kawasan sekitar Seri Iskandar.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata keempat-empat suspek yang berusia antara 27 tahun hingga 35 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Perak Tengah, pada kira-kira 11.40 malam tadi.

Beliau berkata laporan polis telah dibuat oleh pengadu pada 10.06 pagi, semalam di Balai Polis Seri Iskandar. 

"Kesemua suspek direman selama lima hari hingga 26 Dis untuk siasatan lanjut," katanya menambah kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. 

Justeru, beliau berkata mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian jenayah berkenaan diminta menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Perak Tengah Insp Mohamad Zulkarnain Jusoh di talian 013-9740294.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan