KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Pensyarah yang dikaitkan dengan isu penghantaran mesej jelik seksual telah ditahan kerja.
Universiti Malaya (UM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu diambil mengikut Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.
“UM akan terus memastikan persekitaran kampusnya selamat dan kondusif termasuklah dengan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan salah laku tanpa mengira jawatan atau status,” menurut kenyataan itu.
Sabtu lepas, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengarahkan UM untuk melaksanakan siasatan segera terhadap dua dakwaan gangguan seksual yang mencemarkan nama baik universiti itu.
Zambry berkata arahan juga dikeluarkan supaya UM tidak mengambil ringan kes tersebut bagi menegakkan keadilan selain menegaskan kementeriannya sama sekali tidak bertolak ansur dengan salah laku yang bertentangan undang-undang negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial