PGA Gagalkan Cubaan Seludup Kosmetik Di Rantau Panjang

27/12/2024 11:30 AM

KOTA BHARU, 27 Dis (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 selepas menemukan beberapa kotak mengandungi produk kosmetik berkenaan semasa melakukan rondaan Op Taring Wawasan Kelantan kira-kira 12.30 tengah malam.

"Hasil pemeriksaan mendapati kotak itu mengandungi pelbagai produk kosmetik tanpa dokumen sah dan disyaki dibawa masuk dari Thailand untuk pasaran tempatan.

"Nilai anggaran rampasan keseluruhan berjumlah RM15,130 dan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk disiasat di bawah Seksyen 7(1)(a) peraturan kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan