KUALA TERENGGANU, 30 Dis (Bernama) -- Polis menerima 573 laporan berhubung kes penipuan melibatkan kerugian lebih RM50 juta di daerah Kuala Terengganu sepanjang tahun ini.
Ketua Polis Daerah ACP Azli Mohd Noor berkata jumlah itu mencatatkan sedikit penurunan iaitu 1.2 peratus berbanding 580 kes dengan jumlah kerugian melebihi RM100 juta pada tahun lepas.
Beliau berkata kes penipuan tertinggi melibatkan pembelian dalam talian atau e-dagang dengan 120 kes, diikuti sindiket penipuan melalui telefon atau phone scam (113 kes) dan pelaburan tidak wujud (94 kes).
"Kes penipuan lain termasuk pinjaman tidak wujud (63 kes), love scam atau parcel scam (14 kes) dan pinjaman wang tidak berlesen (enam kes). Ia juga melibatkan lain-lain jenayah komersil (67 kes) dan lain-lain kes tipu (96 kes)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sehubungan itu, Azli menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan taktik penipuan yang pelbagai dan licik terutama di media sosial.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial