KOTA BHARU, 30 Dis (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai produk kosmetik yang dianggarkan bernilai RM92,600 dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Tumpat semalam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata produk kosmetik berkenaan ditemukan oleh anggota Batalion 8 ketika melakukan rondaan di pangkalan haram Dot di Pengkalan Kubor pada pukul 11.15 pagi.
Beliau berkata anggota yang bertugas ternampak beberapa kotak ditinggalkan di tepi Sungai Golok dan pemeriksaan mendapati kotak-kotak itu mengandungi pelbagai produk kosmetik.
"Semua produk itu dipercayai diseludup dari Thailand untuk pasaran tempatan tanpa dokumen sah dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 7(1)(E) Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Ros Azhan berkata hasil rampasan telah dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial