ALOR SETAR, 31 Dis (Bernama) -- Polis Kedah melupuskan 1,235 aksesori-aksesori motosikal yang diubah suai pemilik ataupun penunggang motosikal sepanjang tahun ini yang dianggarkan bernilai lebih RM400,000.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Supt Abdel Nasser S Salleh berkata pelupusan itu melibatkan pelbagai barangan antaranya ekzos, enjin, karburetor dan tayar tidak ikut spesifikasi ataupun diubah suai.
Beliau berkata sepanjang tahun ini, Jabatan Siasatan Pengangkutan Trafik (JSPT) bersama elemen penguatkuasaan polis IPK Kedah telah melaksanakan Op Khas Motosikal dan Op Samseng Jalanan, dan berjaya menyita 6,168 item aksesori kenderaan yang telah diubah suai.
"Daripada jumlah itu lebih 1,000 telah dilupuskan selepas mendapat arahan pelupusan daripada Majistret di bawah Seksyen 407 Kanun Prosedur Jenayah dengan kaedah pelupusan secara gelek menggunakan penggelek jalan.
“Aksesori lain yang disita masih menunggu keputusan untuk dilupuskan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial