Dua Pelajar Maut, Motosikal Ditunggang Bertembung

01/01/2025 03:39 PM

SEREMBAN, 1 Jan (Bernama) -- Dua pelajar lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain di Kilometer 10 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR dan Yamaha Lagenda dan kejadian dipercayai berlaku semasa salah seorang mangsa dari arah Bahau menuju ke Kemayan. 

"Setiba di lokasi kejadian, semasa bergerak mendaki bukit, remaja itu dipercayai telah dilanggar oleh seorang lagi penunggang yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA 

 

TAG : dua pelajar, maut, motosikal, bertembung, Bahau

 


SBMK SFH ZHR


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan