Kanak-kanak Perempuan Maut Tersepit Meja Lipat

02/01/2025 01:26 PM

NIBONG TEBAL, 2 Jan (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas didakwa tersepit di celah besi meja lipat di rumahnya di Taman Seri Putera di sini, semalam.

Mangsa yang berusia enam tahun itu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Parit Buntar, Perak.   

Kejadian berlaku sekitar 4.15 petang, semasa kanak-kanak itu dikatakan bermain seorang diri di bahagian belakang kediaman itu, manakala ibu dan adik-beradik mangsa berada dalam rumah. 

Ibu mangsa didakwa meminta bantuan jiran untuk membawanya ke hospital selepas menyedari kejadian tersebut. 

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan