Remaja 17 Tahun Hilang Sejak 29 Dis Ditemukan Selamat Di Cheras

07/01/2025 10:18 AM

SEPANG, 7 Jan (Bernama)  -- Remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Dis lepas ditemukan dalam keadaan selamat pada kira-kira 11.15 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang  ACP Norhizam Bahaman dalam kenyataan hari ini, berkata remaja berkenaan Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani dijumpai di sebuah restoran di Batu 9, Cheras dan sepanjang kehilangan, remaja itu berada di rumah kawannya.

Norhizam berkata penemuan Nurul Fateha Nabila telah dimaklumkan kepada pengadu iaitu ibu saudaranya dan telah diserahkan kepada ibu bapa remaja itu dalam keadaan baik.

Pada 4 Jan lepas, media melaporkan polis sedang mengesan remaja itu susulan laporan yang dibuat oleh ibu saudaranya pada 31 Dis lepas.

Dilaporkan remaja itu menetap di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, dan tinggal bersama pengadu sejak Februari tahun lepas.

Sebelum menghilangkan diri, remaja itu telah berkurung dalam bilik di rumahnya kerana berlaku selisih faham keluarga.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan