KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Ara Damansara, Petaling Jaya sejak petang semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata remaja berkenaan, Puteri Rania Qalesya Ibrahim kali terakhir berada di Projek Perumahan Rakyat Taman Putra Damai 1 Ara Damansara pada 1.11 tengah hari.
Beliau berkata remaja itu berkulit hitam manis, berbadan kurus dan mempunyai ketinggian 150 sentimeter.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Puteri Rania Qalesya diminta tampil ke balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerusi talian 03-79662222 atau berhubung dengan pegawai penyiasat kes Insp Mohd Maliki Ariffin 013-8308485.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial