Pendatang Warga Bangladesh Ditahan Di Sempadan Malaysia-Thailand

11/01/2025 04:10 PM

KOTA BHARU, 11 Jan (Bernama) -- Pasukan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan seorang lelaki warga Bangladesh ketika cuba memasuki Malaysia secara haram melalui Sungai Golok semalam.

Menurut kenyataan Dua Divisyen hari ini, lelaki itu ditahan setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok.

“Ketika rondaan, pasukan operasi mengesan tiga lelaki dewasa mencurigakan di kawasan itu. Namun, dua daripadanya melarikan diri ke arah Thailand dengan menyeberangi Sungai Golok.

“Hasil pemeriksaan, lelaki yang ditahan mengaku tiba di Bangkok, Thailand, melalui penerbangan dari Bangladesh pada Rabu lepas. Dia kemudian dibawa ke sempadan Malaysia-Thailand oleh seorang ejen atau tekong yang mengatur kemasukan secara haram melalui laluan air,” menurut kenyataan itu.

Antara barangan yang dirampas ialah pasport, visa pelancong, telefon bimbit, serta wang tunai dalam mata wang Bangladesh dan Malaysia dengan nilai keseluruhan RM571.63.

Lelaki berkenaan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan