Polis Tumpas Kegiatan Seludup Haiwan Bernilai Lebih RM500,000

11/01/2025 06:40 PM

KOTA BHARU, 11 Jan (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis haiwan seperti lembu, kerbau dan kambing dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM506,000 di Masjid Mukim Bakong, Pasir Mas pada Khamis lepas.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA selepas menahan dua buah lori dalam keadaan mencurigakan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan, lebih kurang 3.30 pagi.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lapan ekor lembu dengan anggaran berat lebih 5,200 kilogram (kg), empat ekor kerbau dengan anggaran berat lebih 3,200kg dan 40 ekor kambing dengan anggaran berat lebih 4,000kg yang ditemukan di dalam lori jenis Isuzu tanpa permit sah.

"Pihaknya turut menahan dua lelaki berumur 28 dan 30 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup haiwan tersebut ke pasaran tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek serta barangan rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya dan  kes disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan